Orange = Buah limau
Nak cantik, makan lah buah oren. Bau dia memang sedap, kulit dia pun biasa bakers parut masukkan dalam adunan kek. Jadilah kek oren. So, pati minyak oren diperoleh dari kulit buah untuk manfaat kita bersama k.
MANFAAT
1) Membantu meredakan tekanan.
2) Membantu masalah pencernaan.
3) Membantu menghilangkan insomnia
Kajian menunjukkan bahawa aromaterapi dari minyak pati oren dapat mengurangkan tahap kebimbangan, tekanan darah diastolic dan kadar nadi terhadap wanita bekerjaya. Ada satu lagi kaji selidik mendapati aroma orange amat berkesan mengurangkan kebimbangan pesakit gigi. WOW! macam kena try jer, bila jumpa dentist
.
TIP PENGGUNAAN
Selain diffuse aroma orange, anda juga boleh menambahkan beberapa titis minyak orange pada air mandian, atau menghidu secara langsung aromanya dari botol
Peringatan:
Orange essential oil adalah phototoxic. Maksudnya jika korang sapu orange eo 'dilute' dekat kulit, JANGAN dedahkan bahagian kulit kepada cahaya matahari selama beberapa jam. Boleh menyebabkan kulit jadi 'sunburn'.
Citrus essential oil kebanyakan adalah PHOTOTOXIC.
Comments
Post a Comment